Permata yang Terpendam: Hasbie Sulaiman

RM28.50

by Jeniri Amir

Description

Buku ini memaparkan perjalanan hidup Mohd Hasbie Sulaiman, salah seorang anak Sarawak yang berjasa dalam pembinaan negeri ini. Anak seorang pengatur huruf di syarikat percetakan ini dilahirkan pada tahun 1927. Beliau bertatih dan maju langkah demi langkah dalam kehidupannya. Sebagai seorang pejuang nasionalisme, beliau turut meletakkan jawatan bersama-sama pegawai lain dalam kumpulan 338 pada tahun 1946. Hasbie bergiat aktif dalam Barisan Pemuda Sarawak dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. Kehidupan Hasbie begitu berwarna-warni. Banyak pengalaman dan iktibar dapat dipelajari daripada kehidupannya, baik sebagai aktivis sosial dan budaya, pelukis mahupun sebagai penjawat awam. Dengan bakat seni dan penulisan yang ada padanya, Hasbie diberi peluang untuk bekerja di Jabatan Penerangan sebagai pereka grafik. Seorang yang  menguasai bahasa Melayu dan Inggeris yang baik, Hasbie terbabit dalam pelbagai aktiviti kebahasaan, termasuk penulisan. Akhirnya, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan pada 1972 sebelum bersara pada tahun 1982.

 

ISBN 978-967-5527-70-8

Publish Year 2014

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Permata yang Terpendam: Hasbie Sulaiman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Exclusive books

Editors' pick